Tuesday, August 20, 2013

kehidupan awal seorang doktor tentera....

salam...

da lame x update blog...sejak dari sebelum exam...bukan xde mase tp lebey seronok bercuti n bermalas-malasan menikmati waktu lapang yg hanya sementara....well x lame bercuti akhirnya aku da kene panggil utk g interview pegawai perubatan ATM...inilah cerita serba sedikit kehidupan terkini....LOL bajet artis kan...haha

so selepas interview yg sgt memenatkan n berulang alik dari Temrloh-KL n then oral interview di Sungai Petani...kitorg join pulak fitness study oleh Kapt Razni,pegawai diet dari Hospital Angkatan Tentera(HAT) Mizan di area Pahang...byk pengalaman yg ditempuh n sebenarnya menguatkan lagi bonding antara kami bertujuh....ekh tetibe lak bertujuh kan...well bertujuh itu adalah skuad kecik aku yg semuanya adalah doktor...ade 4 orang lelaki n 3 perempuan...

angkat sumpah pakai civillian jer mampu...pun boleh...haha


                                                            ney mase di kem temerloh...
                                                    sempat lg posing depan MP kan...haha

lepas da merantau ke pahang dekat seminggu kitorg kembali ke headquarters utk doktor2 iaitu Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM....keje lar pejabat, dari kul 8pg-5ptg...x tau nk watpe da...kebosanan sudah hanya memenuhkan perot dgn makanan dari pantry jer...damn!!

akhirnya surat sampai utk kitorg pergi orientasi pegawai muda dekat institut latihan kesihatan ATM(INSAN) kem terendak,Melaka selama 3mgu...so bergerak r kami semua ke kem terendak...sangat menakotkan memandangkan orientasi yg kitorg akan lalui tuh adalah orientasi kehidupan regimental dalam tentera..
sebab orientasi bulan pose...xde latihan jasmani...
cantekk,...ney tgh tgu nak g kawad...

Buke pose bersama ketua pengarah BPK.. 

walaupun takot tp kitorg semua menginap dekat wisma perwira 94 HAT..seronok duk dalam ney,,,ade bilik karaoke,komputer dgn internet n printer 24hrs,ade PS3,ade ASTRO dengan hampir semua channel...so kehidupan yg terbaik lar....
bulan pose pun layan karok..haha

cuma...kitorg da bosan...da sangat bosan utk duk relax sangat x wat pape...tp pada akhir mgu ke3 kitorg dihantar utk attachment kat hospital terendak...jadi akhirnya ade jugak kehidupan doktor...bukan ape...kitorg da jeles da kot...budak2 lain semua da start housemanship....da wat keje2 doktor, da kene marah ngan specialist semua kan...litorg bz nak berkawad lar plak....so bile da ade keje doktor ney xde r bosan sgt...

lengkap bro...astro,PS3,blu-ray player,home theatre...ape lagi korg nak??haha

so aku plak attach dekat department Anaesthesiology...hari2 rutin aku adalah dtg OT bukak baju tukar scrub suit n lepak smpi pt dipanggil utk surgery..duk dalam OT 2 benda jer aku x suke...1 sebab sejok sgt n 2nd sebab biler da pakai scrub suit x bole kuar dari OT...dan selepas 2mgu ade kat OT tukar posting ke paediatrik lar skrg ney...kat paediatrik sonok sbb ade nurse yg sgt baik,doktor pun baik gk...
1st day kat OT...

well...aku ade 2mgu mase di paediatrik n hospital ney before pergi kursus pegawai ikhtisas yg start dari 2/9/2013....kursus selama 5-6mgu ney adalah sbgai persediaan untuk serapan ke unit2 di setiap kem tentera di Malaysia ney....masalah nyer 2/10/2013 aku konvo...adakah cuti untuk aku bergraduasi n bergembira bersama kawan2 n keluarga??ntahlah..

salam.....

25 comments:

  1. wah jd doctor tentera la ni eh skrg?/anyway,congrate nak konvo nanti & moge dpermudahkan sgala urusan utk mjadi seorg doctor yg cmerlang,gemilang terbilang gitu..hehe

    slmt hr raye maaf zahir batin,xlmbat lg nak wish kan .kiki

    ReplyDelete
  2. tq fatin adawiah@cornflake madu....hehe...x lambat lg...pose 6 pun x abes lg...haha...nway happy keje ek skrg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak Bertanya Macam MAnaa Nak Dapat Kan Jadi Doktor Tentera? or Boleh ws Saya 0187602373

      Delete
  3. Biasiswa tentera ke? Kalo yg under mara...nk join boleh ke? Sebelum housemanship

    ReplyDelete
  4. yupp...biassiswa tentera...yang MARA boleh nak join tp kene apply lar...cume mslhnya skrg ney doktor tentera mcm berlebihan...so mcm susah sket r nak diterima...tp why not apply kan...hehe

    ReplyDelete
  5. Salam..sy amik scholar army gak..maybe dlm bln 2 ni hbs std...nk tny mencabar x time training kat kem terendak tu?? Then keje mcm mane ye?? Ok x??

    ReplyDelete
  6. Salam.temuduga untuk doktor askar bulan 9 k?selain doktor apa bidang lain yang boleh diterima msuk dalam kor kesihatan?farmasi,pegawai x-ray,dietitik,fisioterapi.Harap mendapat maklum balas....

    ReplyDelete
  7. Wsalam..skrg ney untuk masuk kor kesihatan semua pengambilan hanya dari upnm..tiada lagi pemberian biasiswa mcm dulu..buat smentara waktu pihak atm cuma nak habiskan semua pemegang biasiswa dan mulai tahun 2017 sepenuhnya pengambilan dari upnm..

    ReplyDelete
  8. Latihan mencabar ke x bergntung sepenuhnya kepada ketahanan diri masing2..ketahanan fizikal n mental lar..kalo mental x kuat..fizikal kuat pun xkan berguna mae tuh..tahnaiah kalo da abes study..selamat dtg ke dunia tentera..

    ReplyDelete
  9. Hi admin ! Saya baru saja habis STPM dan tertarik dengan program perubatan UPNM, namun ingin juga berkhidmat dalam hospital awam.

    Boleh saya minta tanya adakah pelajar perubatan UPNM hanya boleh berkhidmat dengan angakatan tentera sahaja? Boleh tak berkhidmat dengan sektor awam atau sektor swasta pada masa akan datang?

    ReplyDelete
  10. Setakat pengetahuan yg sedikit..pelajar perubatan upnm semua akan jadi tentera..cuma mungkin agak sukar utk ATM menyerap semuanya ke dlm perkhidmatan..mungkin akan ade sebahagian yg akan ditukarkn ke KKM..

    ReplyDelete
  11. Salam.Kor kesihatan ada mabek ke pelajar ijazah veterinar &sains kesihatan untuk berkhidmat dalam kor kesihatan diraja..

    ReplyDelete
  12. Salam.Kor kesihatan ada ke ambek pelajar ijazah veterinar &sains kesihatan seperti x-ray,fisioteraspi & lain-lain untuk berkhidmat dalam kor kesihatan diraja..?Harap penjelasan segera

    ReplyDelete
  13. wsalam...setahu saya mmg xde kite ambil pelajar ijazah veterinar atau sains kesihatan...tq

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Betul ke skang ni tiada lg pngambilan doktor perubatan lepasan ipta lain selain upnm untuk jadi doktor tentera?

    ReplyDelete
  15. Salam, nak tanya banyak skit ni, kiteorg pelajar under mara, wondering whether masih sempat apply tak skrg?(abis march 2015), interviewnya sll bulan brape, dan kat mane nak apply? pastu ade physical requirements tak mcm height weight bmi, kalau ade leh gtau mana nak rujuk tak? hehe trimas doc!

    ReplyDelete
  16. salam. sy mendapat twrn dr ATM sbg pegawai farmasi. tp tinggi tidak cukup. adakah tinggi benar2 mempengaruhi?

    ReplyDelete
  17. Salam. Saya merupakan pelajar tahun akhir perubatan dan inshaAllah akn habis pd March 2015. so, bagaimana nak join mnjdi doktor tentera ye? adakah kmsukan nya mesti dr UPNM or universiti lain pun boleh utk thun hadapan?

    ReplyDelete
  18. Pi cari pasal kehidupan doktor tentera selepas tengok descendant of the sun..baru tau boleh jadi doktor melalui tentera...semoga berjaya dan selamat berkhidmat

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Dr Syazwan...saya baru nak ambik SPM...nak tanye mcm mane nak apply scholarship tentera....ape requirement yg d perlukan

    ReplyDelete
  20. Salam doktor boleh tak terangkan pathway utk apply doktor tentera utk graduates mara, selain tu benefit dan career pathway camne after housemanship?

    ReplyDelete
  21. As salam. Kalau pembantu perubatan amik x

    ReplyDelete
  22. Salam nak tanya? Skang HO under SPA paka sistem kontrak. Kalau HO xdpt permanent placement di KKM, boleh apply ke Kementerian Pertahanan untuk jadi doktor tentera? Adakah gred akan bermula semula ke UD41?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kalau nak interview sikit blh x?

    ReplyDelete